Sabda nabi " Dua rakaat solat fajar lebih baik daripada dunia dan seisinya " riwayat imam bukhari
Sesungguhnya hikmah allah dalam segala suruhan, larangan dan pada arahan supaya meninggalkan sesuatu mempunyai hikmah tersendiri tanpa disedari atau tidak disedari.
Tidak ada pada setiap yang ditaklifkan kecuali untuk membawa kepada kebaikan
Hikmah bangun pada waktu pagi melambangkan kepada kejayaan, kegemilangan, kecemerlangan. Ini selaras dengan moto perjuangan "Amirul Mukminin " Malaysia iaitu Cemerlang, Gemilang, Terbilang.
Ilmu sains moden telah menenui dan mengakui tentang kelebihan bangun awal di waktu pagi.
Nabi S.A.W tidur awal pada waktu malam dan bangun awal pada waktu pagi, baginda juga tidak berjaga malam selepas isya' kecuali untuk menyampaikan majlis ilmu bersama para sahabat yang dikasihi.
Solat Sunat Pada Waktu Malam.
Oleh yang demikian, sebagai seorang pelajar yang cemerlang kita mestilah bangun awal. Terdapat banyak kelebihan bangun pagi. Jika kita bangun pagi pelbagai benda kita boleh lakukan. Antaranya ialah mengulang kaji pelajaran. ini kerana pada waktu pagi otak kita amat mudah untuk menerima sesuatu lebih-lebih lagi ilmu pengetahuan. Ini kerana pada waktu awal pagi otak kita masih segar untuk menerima sesuatu yang baru.