Monday, May 17, 2010

Hari Guru..

SELAMAT HARI GURU DIUCAPKAN KEPADA SEMUA KHASNYA BUAT SEMUA WARGA SKSU...

Seperti Biasa pada 16 Mei Diadakan sambutan hari guru...Namun SK. Serting Ulu menyambutnya pada 17.mei pada hari isnin....pelbagai aktiviti telah diadakan....

Dimulakan dengan perhimpunan pagi..perutusan dari Mnteri Pendidikan Malaysia telah dibacakan Oleh E.Kamaruddin Bin Ariffin Guru BEsar SKSU....
Selesai perhimpunan pagi acara padang pual diadakan. Permanain bola tampar, sukaneka telah berjalan seperti yang dirancangkan..

setelah enat bersukan guru-guru dan murid-murid menjamu selera sebelum acara persembahan palajar dan guru dimulakan....

pelbagai telatah dan karenah yang dapat dilihat sepanjang persembahan ini berlangsung....

Majlis brsurai lebih kurang pukul 1.30pm...

Tuesday, April 27, 2010

KARNIVAL SUKAN DITERUSKAN LAGI...


Karnival sukan SKSU akan diteruskan lagi pada petang ini. Pada petang ini permaianan sepak takraw dan bola tampar akan bermla pada jam3.30 petang iaitu selepas aktiviti unit beruniform.
perlawan akan dijangka beeakhir pada jam 4.30 petang. kepada semua pemain diminta bersedia dan bermain dengan sepenuh tenaga. Semoga memperoleh kejayaan yang diingini

KELEBIHAN BERSUKAN






Sukan merupakan suatu aktiviti yang biasa dilakukan pada waktu lapang.Dengan cara bersukan juga kita mampu memiliki tubuh badan yang sihat.Aktiviti sukan memerlukan tenaga yang banyak.Ianya juga dapat menguji daya kekuatan fizikal dan mental seseorang.Selain itu,sukan bukan sekadar untuk mengisi masa lapang.Malah ianya juga telah menjadi suatu temasya yang terkenal di mata dunia.Nama sesebuah negara menjadi terkenal buka hanya bergantung pada kemajuan sains dan teknologi,tetapi sukan juga memainkan peranan yang penting.Sukan menjadi tali penghubung antara Malaysia dengan negara luar.Aktiviti sukan juga dapat mengeratkan hubungan antara ahli keluarga.Ini kerana apabila melakukan aktiviti secara berkumpulan,ianya akan mencetuskan suasana gembira.Disamping itu juga,kita akan memperolehi keluarga yang sihat dan sejahtera.
Sejarah sukan kemungkinannya bermula sejak kewujudan manusia sebagai tujuan bersukan dan makhluk aktif. Sukan merupakan cara berguna bagi manusia meningkatkan kelebihan mereka keatas alam semulajadi dan persekitaran. Sejarah sukan mampu mengajar kita banyak perkara mengerai perubahan kemasyarakatan dan mengenai sifat semulajadi sukan itu sendiri. Sukan kelihatannya membabitkan asas kemahiran manusia dikembangkan dan dilatih bagi kemahiran itu sendiri, selari dengan dilakukan kerana kegunaannya. Ia turut menunjukkan bagaimana kepercayaan masyarakat berubah dan dengan itu terdapat perubahan dalam peraturannya. Sebenarnya ketika kita pergi semakin jauh dalam sejarah bukti yang semakin sedikit menjadikan teori mengenai asal dan tujuan sukan sukar disokong. Sungguhpun begitu, kepentingannya dalam sejarah manusia tidak dapat dinafikan.





DI DALAM Islam, segala permainan dan hiburan harus dan selagi tidak melanggar batas-batas syarak adalah diharuskan bagi melapangkan hati sekali gus dapat mencergaskan jiwa yang telah lesu.

Agama Islam bukanlah satu agama kaku tetapi adalah agama yang dipenuhi dengan kemanisan dan diluhuri dengan budi pekerti.
Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam sendiri tidak melarang untuk berhibur dan bermain sebagaimana riwayat Imam Al-Baihaqi daripada Al-Muthalib bin Abdullah di dalam sabda Baginda yang bermaksud :

“Hiburkan atau bermainlah kamu, kerana saya benci melihat dalam agama kamu yang bengis dan masam yakni tiada lemah lembut dan manis muka dan hati.”

Pada zaman serba moden ini pelbagai jenis sukan telah diperkenalkan kepada umum. Maka dalam bermacam jenis sukan yang diperkenalkan itu, sebagai seorang Muslim dan Muslimah mestilah memastikan sukan yang hendak diikuti dan dilakukan itu sesuai dan tidak melanggar hukum-hukum syarak.

Islam menetapkan beberapa panduan yang harus diikuti dalam bersukan. sama ada panduan tersebut khusus bagi individu itu sendiri mahupun panduan bagi acara sukan yang diadakan, di antara adab-adabnya ialah:



BERSUKAN MENGIKUT FITRAH

Setiap sukan yang hendak diikuti mestilah mengikut fitrah masing-masing. Bagi setiap insan sama ada lelaki mahupun perempuan mempunyai fitrah yang telah ditetapkan Allah Subhanahu Wata’ala, lelaki biasanya dikenali dan dikaitkan dengan kegagahan dan ketangkasan, manakala perempuan pula sering kali disifatkan dan dihubungkan dengan kelembutan dan keperibadiannya yang pemalu.

Sebab itulah setiap sukan atau olahraga itu hanya tertakluk kepada jantina yang tertentu sahaja, seperti menunggang kuda, bola sepak, tarik kalat dan sebagainya dikhususkan untuk lelaki sahaja memandangkan ianya adalah permainan yang lasak, manakala perempuan pula diharuskan bersukan yang sesuai dengan kelembutannya seperti berlari atau berjalan kaki, asalkan ianya dibatasi dengan hukum-hukum syarak.

SUKAN YANG TIDAK MELALAIKAN

Sukan adalah di antara hiburan yang digemari ramai pada masa kini, adalah menjadi satu kelaziman bagi setiap insan menyukai perkara-perkara yang menghiburkan hati, tetapi sebagai seorang Muslim atau Muslimah mestilah membatasi setiap perkara yang hendak dibuat agar selaras dengan hukum syarak.

Maka jika sekiranya sukan yang hendak diikuti itu antara perkara yang melalaikan dan boleh menyebabkan seseorang tersebut meninggalkan kewajipan atau tanggungjawabnya, seperti meninggalkan sembahyang atau mengabaikan tanggungjawabnya terhadap keluarganya, maka ini telah dikategorikan sebagai melanggar hukum Islam kerana ianya telah mengabaikan tanggungjawabnya terhadap Allah Subhanahu Wata’ala dan tanggungjawabnya terhadap keluarganya yang mana mereka ini adalah amanah yang diberikan oleh Allah.

SELAMAT PAGI


Sabda nabi " Dua rakaat solat fajar lebih baik daripada dunia dan seisinya " riwayat imam bukhari


Sesungguhnya hikmah allah dalam segala suruhan, larangan dan pada arahan supaya meninggalkan sesuatu mempunyai hikmah tersendiri tanpa disedari atau tidak disedari.
Tidak ada pada setiap yang ditaklifkan kecuali untuk membawa kepada kebaikan
Hikmah bangun pada waktu pagi melambangkan kepada kejayaan, kegemilangan, kecemerlangan. Ini selaras dengan moto perjuangan "Amirul Mukminin " Malaysia iaitu Cemerlang, Gemilang, Terbilang.


Ilmu sains moden telah menenui dan mengakui tentang kelebihan bangun awal di waktu pagi.
Nabi S.A.W tidur awal pada waktu malam dan bangun awal pada waktu pagi, baginda juga tidak berjaga malam selepas isya' kecuali untuk menyampaikan majlis ilmu bersama para sahabat yang dikasihi.
Solat Sunat Pada Waktu Malam.

Oleh yang demikian, sebagai seorang pelajar yang cemerlang kita mestilah bangun awal. Terdapat banyak kelebihan bangun pagi. Jika kita bangun pagi pelbagai benda kita boleh lakukan. Antaranya ialah mengulang kaji pelajaran. ini kerana pada waktu pagi otak kita amat mudah untuk menerima sesuatu lebih-lebih lagi ilmu pengetahuan. Ini kerana pada waktu awal pagi otak kita masih segar untuk menerima sesuatu yang baru.

Monday, April 26, 2010

MESYUARAT AGUNG PIBG




Pada 26.4.2010 satu Mesyuarat Agung PIBg telah diadakan di sekolah ini. Mesyuarat Agung ini telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Jempol Dato' Hj. Lilah Bin Hj. Yasin. Mesyuarat ini bermula pada jam 2.30 petang. kehadiran ibu bapa memuaskan.



Guru-guru dan pelajar telah bekerjasama bergotong-royong bagi menyediakan tempat yang selesa untuk bermesyuarat. segala jasa baik guru-guru dan pelajar amatlah dihargai.



Setelah bertungkus lumus akhirnya inilah hasilnya.....tapi belum sepenuhnya....

Akhirnya inilah hasilnya...terima kasih kepada semua kerana telah mengorbankan tenaga menyiapkan dewan ini..









SELAMAT DATANG,AHLAN WASAHLAN & WELCOME KE BLOG SK. SERTING ULU